cerita upin dan ipin episode sunat
bagian 1
Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan seram melihat poster "Mari Bersunat" pada batang pokok. Acara berkhatan itu akan diadakan pada keesokan hari. Mereka terkenang masa Mail cuba menerangkan apa itu sunat kepada Mei Mei. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh Kak Ros yang lalu di situ, dan bercadang untuk memberitahu Opah tentang acara bersunat itu dengan nada yang sinis. Selepas Kak Ros pergi, Fizi dan Ehsan bertengkar sama ada bersunat itu sakit atau tidak. Pertengkaran mereka terhenti apabila Upin dan Ipin berlari ke rumah Mail untuk kepastian, maka dua kawan baik itu pun mengikut mereka sekali.
Kedatangan mereka berempat disambut
oleh Mail yang sudah menjangka yang mereka hendak mendengar pengalaman
bersunatnya. Jarjit, Dzul dan Ijat pun datang sekali untuk bermain, tetapi
terpaksa berpuas hati dengan mendengar cerita sunat Mail. Setelah semua
kanak-kanak lelaki berkumpul, Mail memulakan ceritanya:
Mail yang ditemani ibunya menunggu dalam klinik dengan rasa
gemuruh kerana akan disunat. Seorang budak lelaki yang ditemani bapanya dalam
klinik itu pun gementar. Mail merenung ke arah tangki ikan untuk menenangkan
diri, tetapi terbayangkan seekor ikan tangki itu yang memandang ke arahnya dan
memerli "Habislah kau, Mail." sampai takut. Tiba-tiba, Mail
dikejutkan oleh rengekan seorang kanak-kanak lelaki yang keluar dari bilik
sunat, tetapi dia cepat berhenti dan berlagak berani setelah ternampak budak-budak
lain yang menunggu.
Pembantu memanggil Ismail bin Mail masuk, maka Mail pun
berjalan ke arah pintu bilik, di mana dia memandang sekeliling bilik dari pintu
itu. Doktor menyuruh Mail untuk baring, jadi Mail pun mengikut arahannya dengan
rasa cukup gementar dan menutupi kelangkang dan kakinya dengan kain songket.
Doktor bertanya, "Dah sedia", dan Mail menjawab dengan senyuman dan
ibu jari.
Sebagai langkah persediaan, doktor membawa sebatang picagari
gergasi dan menyuntik Mail untuk membiusnya. Selepas itu, doktor beredar ke
mejanya. Mail semakin cemas dan merenung jam dinding; tiba-tiba dia dikejutkan
dengan bunyi pengasah pensel doktor dan asahan pisau. Doktor itu mengejutkan
Mail lagi dengan meletakkan pisau kecilnya dan membawa keluar pisau gergasi
dengan tujuan menakut-nakutkannya, kemudian meletakkannya. Sambil doktor
bergelak sinis, tiba-tiba Mei Mei muncul entah dari mana.
Mei Mei datang bersama Devi untuk bertanya cerita apa yang
diperdengarkan, membuat kaum lelaki kurang senang. Terpaksalah Mail menguruskan
gadis-gadis itu dengan berbisik kepada Mei Mei apa itu bersunat. Setelah
mendengarnya, Mei Mei dan Devi pun beredar dengan rasa kekok, supaya Mail boleh
menyambungkan ceritanya.
Dengan bantuan pembantunya yang mengelap peluh pada dahinya,
si doktor gila membawa keluar sebilah gunting gergasi untuk menyunat Mail,
sehingga membuat Mail merasa sakit sekali pada kelangkangnya, bagaikan digigit
harimau!
Mail membuat-buat rasa sakit sambil
mengongoi, untuk mengusik kawan-kawannya sampai mereka berasa takut untuk
bersunat.
Bahagian
2
"Dua tiga pergi sunat, Mail
kamu memang hebat," puji Jarjit atas keberanian Mail. Jarjit, Upin dan
Ipin masih berada di sekeliling Mail semenatara yang lain sudah beredar dalam
ketakutan. Upin dan Ipin menanya Mail mengapa mereka tidak diajak sekali,
jawabnya dia disuruh bersunat di rumah sepupunya tiba-tiba. Upin dan Ipin
berpakat untuk memujuk Opah supaya mereka boleh tidak bersunat. Jarjit bertanya
tentang kesahihan kisah Mal, dan jawabnya, cerita tadi dibuat-buat untuk
mengusik kawan-kawannya.
Pada masa makan malam, Upin
memerhatikan kelainan pada angin Kak Ros yang lebih tenteram daripada
kebiasaan. Kak Ros mengingatkan mereka bahawa esok mereka akan bersunat. Upin
dan Ipin meminta restu Opah supaya mereka tidak bersunat kerana mereka masih
kecil dan takut akan kesakitan, tetapi Kak Ros mentertawakan mereka. Di samping
meyakinkan cucu-cucunya bahawa bersunat itu tidak menyakitkan, Opah membalas
mereka dengan menerangkan kepentingan bersunat untuk kebersihan diri. Upin dan
Ipin berhujah bahawa bermandi pun dikira cukup untuk kebersihan diri.
Pada keesokan hari, Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin keluar untuk
mengikutnya ke surau untuk bersunat. Upin dan Ipin berbuat-buat mengantuk di
depan ketua kampung itu, tetapi Opah memujuk mereka supaya memberanikan diri
dan mengikut cakap Tok Dalang. Di awal perjalanan mereka, Upin dan Ipin masih
masam muka kerana takut untuk bersunat, jadi Tok Dalang mencari jalan untuk
membuat mereka hilang rasa takut dan kembali ceria. Tok Dalang menceritakan
bahawa pada zaman dahulu, bersunat itu perkara yang menyeronokkan, siap dengan
kenduri, dan sesiapa yang bersunat boleh bersembahyang di baris depan surau
(dan boleh jadi imam), barulah kembar itu teruja.
Tok Dalang menjelaskan bahawa dalam
upacara sunat, semua kanak-kanak yang akan bersunat itu perlu berarak. Sebagai
contoh, Tok Dalang menggendong Upin lalu berlari ke sekitar kampung sambil
diikuti Ipin. Ipin juga mengambil giliran untuk dikendong oleh Tok Dalang.
Selepas itu, Tok Dalang menceritakan lagi bahawa mereka yang bersunat itu
berendam dalam air sungai yang sejuk demi menghilangkan rasa takut. Kebetulan
pula mereka hampir sampai di surau, di mana terdirinya sebuah bilik sunat
sementara di tepi surau.
Di perkarangan surau, Upin dan Ipin
berjumpa dengan Fizi, Ehsan, Dzul, Ijat (dan seorang lagi budak tidak dikenali)
yang menunggu untuk disunat. Ehsanlah yang paling gemuruh gara-gara usikan Mail
semalaman. Bapa Ehsan juga mengambil kesempatan untuk merakam mereka semua
dalam kamera video. Mail dan Jarjit pun datang untuk menyokong kawan-kawan
mereka. Pembantu perubatan mengambil kedatangan mereka yang datang untuk bersunat,
kemudian bertanya siapa yang hendak bersunat dahulu.
Bahagian 3
Pembantu menyuruh Ijat untuk masuk
dahulu. "Keberanian" Ijat dipuji oleh kawan-kawannya, tetapi tidak
sampai sesaat dua memasuki bilik itu, Ijat pun meluru keluar dalam ketakutan
sambil dilitupi kain songket. Jarjit cuba menghalangnya tetapi dia tetap cabut.
Terkilan oleh perangai Ijat tadi,
pembantu menyuruh Upin pula. Setelah melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia
disambut oleh doktor yang memberinya lolipop, kemudian memimpin Upin untuk
menaiki kerusi. Selepas menyuruh Upin memakai songket, doktor membuat kerjanya
sambil menanya Upin bermacam-macam dan Upin pun menjawabnya tanpa rasa was-was,
seperti umurnya, sekolahnya dan sebagainya. Doktor pun mengacah bahawa dia
pernah bersekolah di Tadika Mesra yang baru
lagi.
Akhirnya, doktor bertanya sama ada
Upin takut bersunat, dan jawabnya tidak. Kemudian, doktor mengejutkan Upin
bahawa dia sudah siap bersunat lalu mengucapkan tahniah kepadanya. Upin pun
melangkah keluar dan membuat Ipin kagum melihat hasil bersunatnya, jadi Ipin
pun terus melangkah masuk ke dalam klinik walaupun belum tiba gilirannya.
Pada petang nanti, selepas habis
bersunat, Upin dan Ipin bermain kapal terbang di atas katil mereka untuk
menjemurkan alat kelamin mereka yang baru disunat. Mereka diziarahi oleh Mail,
Jarjit, dan Ijat yang tidak jadi bersunat tadi. Upin dan Ipin menegur Mail
kerana memperbesarkan cerita sunatnya. Jarjit meminta untuk melihat "yang
itu", tetapi Upin membalas malu; Jarjit menjelaskan bahawa dia mahu
melihat kapal terbang. Upin dan Ipin memujuk Ijat supaya tidak takut untuk
bersunat, dengan menunjukkan betapa seronoknya selepas bersunat dengan
"memperhambakan" Kak Ros supaya membawa minuman dan biskut keju untuk
mereka berlima, sampai Kak Ros nyaris naik darah.
Upin dan Ipin bertanya Ehsan dan
Fizi di mana, Jarjit menjawab "Dua tiga buah manggis, Ehsan takut Fizi
nangis". Ijat tergelak mendengar pantun tadi, tetapi ditegur oleh Mail
kerana "Fizi nangis, tapi tak lari." Keseronokan mereka berlima
diganggu oleh nyamuk yang berdengung dan hinggap di atas songket Upin. Jarjit
pun bersiap dengan tangan untuk menampar nyamuk itu walaupun ditegah oleh Upin
dan Ipin yang takut sakit.
selesai